Forex Colonial Technique

Didalam halaman ini, anda akan didedahkan dengan teknik-teknik untuk memasuki pasaran pada waktu yang paling tepat dan mampu menutup trading (close order) dalam masa yang cepat.

TEKNIK TIME FRAME 5M

Teknik memasuki pasaran menggunakan Time Frame 5 Minit ini memerlukan anda fokus, kerana memerlukan anda memasuki pasaran pada waktu yang cepat dan tepat dan akhirnya menghasilkan pips hijau. Bagi teknik ini dicadangkan anda mengambil keuntungan pips sekitar 5 ~ 20 pips sahaja bagi setiap "Open Trade" yang dibuat berdasarkan arah pergerakan pasaran serta kekuatan pasaran. Ok mari kita mulakannya.....


Sebelum sesuatu trading dibuka, memerlukan kita memerhatikan beberapa ciri-ciri "Indikator" bagi memastikan arah pasaran  adalah betul. Sila perhatikan pada gambar di atas bagi pair EURUSD 5M (24/01/2011).
  1. FXC_ExtremePoint - Indikator ini memberikan panduan awal menentukan arah pasaran pada waktu tersebut, berdasarkan pada gambar di atas telah muncul indikator ini menunjukkan pergerakan pasaran bagi 5M adalah "Major Downtrend - Bar merah besar". Maka dengan ini kita baru mengetahui awal kemungkinan market akan down.
  2. FXC_Macd - Masih berada pada bahagian positif (di atas level 0), tetapi telah pun bersilang ke bawah. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan pasaran akan down.
  3. FXC_Trend - Indikator awal-awal telah bertukar kepada warna merah (berada pada bawah garis 0).
  4. FXC_Stochastic - Telah bersilang dan bergerak ke bawah selepas berada pada garis "Overbought".
Maka, dengan ini kita baru mengetahui bahawa pergerakan pasaran berdasarkan gambarajah di atas adalah akan berlaku "Downtrend".

Open Trade
Setelah kita mendapat maklumat awal arah pergerakan pasaran terkini berdasarkan pada indikator pada "Window 1 dan Window 2", kini kita akan menfokuskan pada indikator pada "Main Window" bagi membuka trade. Sebelum ini kita telah tahu bahawa arah pergerakan pasaran terkini akan berlaku "Downtrend", maka kita akan tumpukan adakah betul akan berlaku "Downtrend"?


Sila rujuk pada gambar di atas:
  1. FXC_ZigZag - Telah pun menunjukkan titik merah dan berhenti bergerak, kemungkinan pasaran akan "Down"
  2. FXC_SAR - Juga telah muncul dot warna merah jambu (down).
  3. FXC_TakeProfit - Juga telah mucul bar warna merah jambu (Down)
  4. FXC_Leading - Indikator ini paling penting kerana ianya memainkan peranan dalam menentukan sesuatu trade dibuka. Malah indikator ini juga sangat kuat dalam menentukan arah pergerakan pasaran. Sekiranya "Candlestick berada di bawah garis Biru (Downtrend), sekiranya "Candlestick" berada di atas garis merah (Uptrend)
  5. Open trade SELL pada "Candlestick" ini - Kerana candlestick ini telah berada di bawah garis biru FXC_Leading.
Setelah open trade, setkan TP sekitar 5 ~ 20 pips sahaja. Bagi kes di atas saya telah setkan 10 pips sahaja bagi trade ini dan telah close. Open Trade pada jam 0:40 pada harga 1.3627 dan close pada jam 0:50. Dalam masa 10 minit telah dapat pips hijau 10 pips. Mudah bukan, tetapi perlu fokus bila mengunakan teknik 5M ini.